Komuniti Usahawan Muslim

TERMA DAN SYARAT

Dokumen ini menerangkan terma dan syarat penyertaan bagi semua ahli Komuniti Usahawan Islam. Dengan mendaftar sebagai ahli, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi semua syarat yang dinyatakan.   
   
1. Kelayakan Keahlian –
1.1 Keahlian terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
1.2 Pemohon mestilah beragama Islam.
1.3 Pemohon mestilah menjalankan perniagaan yang sah, halal dan tidak bercanggah dengan prinsip Syariah Islam.
1.4 Pemohon bersetuju bahawa semua maklumat yang diberikan semasa pendaftaran adalah benar, tepat dan tidak mengelirukan.    
2. Produk dan Perkhidmatan –

2.1 Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan mestilah milik usahawan Islam.
2.2 Produk atau perkhidmatan yang dipromosikan mestilah tidak melanggar undang-undang Malaysia.
2.3 Produk atau perkhidmatan mestilah tidak mengandungi unsur haram, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Produk tidak halal
Perkhidmatan yang bercanggah dengan syariah
Aktiviti perjudian
Aktiviti yang melibatkan penipuan atau manipulasi kewangan

3. Kod Etika Usahawan Islam –

Setiap ahli diwajibkan menjalankan perniagaan dengan mematuhi nilai-nilai berikut:
3.1  Amanah
3.2  Jujur dalam urusan perniagaan
3.3 Tidak menipu atau mengelirukan pelanggan
3.4  Menjaga akhlak dan adab dalam komunikasi
3.5 Tidak menjatuhkan atau memfitnah usahawan lain

4. Larangan Aktiviti –
Ahli adalah dilarang sama sekali menggunakan platform atau komuniti ini untuk tujuan berikut:
4.1 Menjalankan aktiviti penipuan (scam)
4.2 Menawarkan skim cepat kaya atau pelaburan meragukan
4.3 Menjual produk atau servis yang tidak sah di sisi undang-undang Malaysia
4.4 Melakukan spam, promosi tidak beretika atau gangguan kepada ahli lain
4.5 Menyebarkan maklumat palsu atau mengelirukan   
 
5. Tanggungjawab Ahli – 5.1 Setiap ahli bertanggungjawab sepenuhnya terhadap produk, servis dan transaksi yang dijalankan.
5.2 Komuniti Usahawan Islam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, pertikaian atau masalah transaksi antara ahli dan pelanggan.
5.3 Sebarang urusan jual beli adalah di bawah tanggungjawab penuh ahli dan pelanggan masing-masing.
 
6. Pembatalan dan Penamatan Keahlian –

6.1 Pihak pengurusan berhak menolak, menggantung atau menamatkan keahlian mana-mana ahli pada bila-bila masa sekiranya didapati:

Memberikan maklumat palsu
Terlibat dalam aktiviti scam atau penipuan
Menjalankan perniagaan yang tidak patuh syariah
Melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan

6.2 Sekiranya berlaku pelanggaran syarat, keahlian akan terbatal secara automatik tanpa sebarang notis.
6.3 Pihak pengurusan juga berhak menyekat akses atau membuang mana-mana ahli dari komuniti demi menjaga keselamatan dan integriti komuniti.

7. Pindaan Terma dan Syarat –
Pihak pengurusan Komuniti Usahawan Islam berhak mengubah, menambah atau mengemas kini terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal bagi memastikan kelancaran dan keselamatan komuniti.  
 
8. Persetujuan Ahli –
Dengan mendaftar sebagai ahli, anda mengesahkan bahawa:
☑ Anda adalah warganegara Malaysia
☑ Anda adalah beragama Islam
☑ Produk atau perkhidmatan anda adalah halal dan tidak melanggar undang-undang
☑ Anda bersetuju mematuhi semua terma dan syarat yang telah ditetapkan
 
Sekiranya mana-mana ahli didapati melanggar terma dan syarat yang ditetapkan, pihak Komuniti Usahawan Islam berhak membatalkan atau menamatkan keahlian tanpa notis terlebih dahulu. Segala bayaran atau pendapatan yang telah dibuat adalah tidak layak untuk sebarang pemulangan.